Sebagai Renungan Bersama.....





Assalamualaikum dan salam ceria…
Sebagai renungan untuk kita bersama-sama berfikir tentang ibadat solat. Solat dikatakan sebagai tiang agama. Kenapa ia diibarat sebagai tiang? Hal ini kerana solat merupakan amalan yang terpenting dalam segala amalan atau boleh dikatakan sebagai kepala kepada badan, jika tiada kepala mana mungkin badan dapat berdiri sendiri..Contoh lain yang dapat dilihat ialah rumah atau bangunan. Setiap rumah atau bagunan mesti mempunyai tiang untuk di dirikannya. Tiang tersebut juga mesti kukuh jika lemah maka rumah atau bagunan tersebut akan runtuh. Sebagai seorang muslim sejati kita perlu menegak atau menjaga tiang agama tersebut dengan menjaga solat yang telah diwajibkan ke atas kita serta solat-solat sunat sebagai menampung kepada solat wajib yang tidak sempurna. Selain itu, solat adalah mukjizat yang sangat hebat yang mana ia diberi kepada nabi kita secara terus tanpa perantaraan malaikat.. Hebatnya solat ia dapat menyelesaikan masalah jika ia dilakukan dengan penuh khusuk dan quduk. Seterusnya solat juga merupakan soalan yang pertama akan disoal di akhirat kelak. Semua amalan lain adalah bergantung kepada solat jika solat itu baik atau diterima olehNya maka amalan lain juga akan mudah diterima tetapi begitu juga sebaliknya jika solat tidak diterima maka semua amalan lain akan ditolak. Jadi disini jelas menunjukan betapa pentingnya solat ini kepada semua umat yang bergelar Islam sehingga dikatakan tidak guna hidup seseorang walaupun seribu tahun jika tidak disusuli dengan solat. Tidak berjaya orang yang menulis, membaca, atau mendengar tanpa beramal. Semoga kita mendapat kekuatan untuk menjaga tiang agama... sekian wassalam....

No comments:

Post a Comment